Festival Turath Islami Selangor sasar 2,500 pengunjung
Iklan
Amirudin Shari
SHAH ALAM - Festival Turath Islami Selangor anjuran kerajaan negeri Selangor akan berlangsung pada 20 hingga 25 Mei dengan sasaran seramai 2,500 pengunjung.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, festival ini akan mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya’ ‘Ulumudin, karya Al-Ghazali.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ini sekaligus menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab tersebut buat kali pertamanya dalam bahasa Melayu.
"Program ini mensasarkan kehadiran seramai 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia dan merangkumi tujuh komponen, termasuk Daurah Afkar Ihya’ ‘Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya’ ‘Ulumuddin, serta interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan, ahli akademik, graduan universiti, dan disempurnakan dengan program Muzakarah Ulama Umara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Menurut Menteri Besar, festival berkenaan bakal menampilkan tokoh ulama antarabangsa tersohor yang juga bekas Mufti Agung Republik Rakyat Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah.
Amirudin menambah, program itu juga turut menghimpunkan tokoh berpengaruh di rantau ini seperti Prof Dr Aqil Siroj, Dr Nadirsyah Hosen, Baba Ismail Sepanjang dan Baba Haji Ghazali Ahmad dari negara-negara jiran.
Iklan
Festival julung kali ini akan dijayakan hasil kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Amirudin Shari dan Media Selangor.
Amirudin berharap usaha tersebut dapat menyemarakkan kegiatan keilmuan serta membangkitkan kehangatan ilmu kepada segenap penganut Islam di Malaysia.
Pendaftaran program ini boleh dibuat secara dalam talian. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://www.turathislamiselangor.com/
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi