Rakyat Paraguay mula mengundi untuk memilih Presiden
Iklan
BUENOS AIRES - Rakyat Paraguay keluar mengundi pada Ahad untuk memilih Presiden baharu.
Dua calon yang dilihat paling menonjol ialah Santiago Pena, 44, dari Parti Colorado, parti yang memerintah dan telah berkuasa selama lebih 70 tahun manakala Efrain Alegre, 60, dari Parti Authentic Radical Liberal, kali terakhir bertanding pada 2013 dan 2018.