20 juta rakyat Uzbekistan mengundi

Iklan
Rakyat Uzbekistan hari ini menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 8 pagi bagi membuat keputusan berhubung draf undang-undang Perlembagaan

TASHKENT, UZBEKISTAN - Kira-kira 20 juta rakyat Uzbekistan yang layak mengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka dalam referendum mengenai draf undang-undang Perlembagaan negara berkenaan hari ini.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya Republik Uzbekistan, sebanyak 10,758 pusat mengundi disediakan diseluruh negara dengan tempoh pengundian bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Iklan
Iklan

Selain itu, seramai 611,000 warganegara telah melakukan pengundian awal dengan 452,000 daripada mereka mengundi dalam negara dan 159,000 di luar negara bermula 19 hingga 26 April.

Sebanyak 55 pusat mengundi turut disediakan di 39 negara luar.

Iklan
Referendum mengenai pindaan perlembagaan adalah sebahagian daripada pelbagai pembaharuan luas yang dilakukan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev

Setiap pengundi akan diberikan kertas mengundi dengan jawapan ya atau tidak bagi setiap perkara yang dinyatakan.

Keputusan bagi proses berkenaan akan diumumkan selepas 10 hari.

Iklan

Referendum mengenai pindaan perlembagaan adalah sebahagian daripada pelbagai pembaharuan luas yang dilaksanakan oleh Presiden Shavkat Mirziyoyev sejak menjadi Presiden sementara (interim) pada September 2016, dipilih dalam pilihan raya terbuka dengan majoriti besar dalam pilihan raya presiden tahun yang sama berikutan kematian pemimpin lama Uzbekistan iaitu Islam Karimov.