Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa

Iklan
Ahmad (kanan) meraikan kehadiran Annuar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bagaimanapun masih berahsia berhubung parti politik akan disertainya nanti.

Iklan
Iklan

"Saya akan lebih aktif berhaluan ke arah keharmonian dan yang lebih baik.

"Parti mana-mana itu, kita lihat sehari dua lagi. Sekarang masih dalam suasana raya, kalau boleh politik kita kurangkan dulu, tumpu berhari raya,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Kemunculan Annuar di majlis itu mencuri perhatian ramai dan beliau berkata, kehadirannya sebagai memenuhi undangan daripada pihak Kerajaan Kelantan.

Iklan

"Saya pergi semua majlis Aidilfitri dan semalam di rumah Ahli Parlimen Ketereh, (Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor),” katanya.

Annuar turut menegaskan beliau tidak pernah bersara daripada dunia politik dan hanya berehat beberapa bulan sebelum ini.

"Saya belum pencen, saya hanya dibuang daripada daripada UMNO saja.

"Saya aktif cuma dua tiga bulan yang lepas itu ambil peluang untuk tumpukan kepada hal peribadi, ibadat, diri sendiri dan tak banyak bercakap. Hal parti saya tidak bersara dan insya-ALLAH akan kembali aktif selepas ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan di negeri ini dijangka pada 12 Mei nanti, beliau berkata, setakat ini belum menerima sebarang jemputan.

"Akan hadir kalau ada jemputan dan berkelapangan,” katanya.