Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang
Iklan
Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).
PERSATUAN Kebajikan Nelayan Bayan Lepas Pulau Pinang menggesa pihak pembangkang supaya tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).
Setiausahanya, Fajinah Jaafar berkata, ini kerana projek berkenaan sekali lagi mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) selepas penelitian dilakukan oleh pegawai-pegawai agensi terlibat.
Iklan
Iklan
"Sesungguhnya, kebenaran sentiasa berpihak kepada mereka yang benar. Sudah bertahun-tahun kami menunggu projek ini berjalan walaupun ditempuhi pelbagai dugaan.
"Namun akhirnya dapat tidur dengan lena apabila mendengar pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow semalam (Rabu).
Iklan
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar dan pihak kerajaan negeri yang serius dalam mempertimbangkan serta mementingkan kebajikan nelayan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Fajinah turut menyangkal dakwaan Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) menyatakan bahawa 6,000 ahli persatuan membantah projek berkenaan kerana sehingga hari ini, mereka tidak mampu menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
Iklan
"Sebagai rakyat Pulau Pinang, kami berhak menyuarakan pendapat kami dan memilih yang terbaik untuk anak-anak dan cucu-cicit kerana percaya mereka bakal menerima manfaat dan peluang pekerjaan daripada projek ini,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>