Iran antara 5 negara utama kuasa besar teknologi masa depan

Iklan
Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan. - Foto EPA

TEHRAN - Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan, menurut laporan terbaharu oleh Institut Dasar Strategik Australia, lapor IRNA.

"Perlumbaan untuk menjadi kuasa teknologi paling penting seterusnya adalah antara UK dan India, kedua-duanya mengisi tempat dalam lima negara teratas dalam 29 daripada 44 jenis teknologi," menurut laporan ASPI.

Iklan
Iklan

"Australia berada dalam lima teratas untuk sembilan teknologi, diikuti rapat oleh Itali (tujuh teknologi), Iran (enam), Jepun (empat) dan Kanada (empat).

Rusia, Singapura, Arab Saudi, Perancis, Malaysia dan Belanda berada dalam lima teratas untuk satu atau dua teknologi,” katanya.

Iklan

"Beberapa negara lain, termasuk Sepanyol dan Turki, berada dalam kalangan 10 negara teratas tetapi tidak termasuk dalam lima teratas.” - Bernama-IRNA

Iklan