Tanah runtuh dekat Akademi SPRM, 76 mangsa dipindahkan

Iklan
Kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi SPRM menyebabkan sebuah pondok kawalan ranap.

KUALA LUMPUR - Seramai 76 mangsa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh di hadapan pintu masuk Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, kesemua mereka terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan kejadian diterima jam 1.54 petang itu turut mengakibatkan sebuah pondok kawalan runtuh.

Menurut Komander Operasi Kanan E Yogeswaran, keluasan tanah runtuh dianggarkan 1,115 meter persegi.

Iklan

Anggota bomba berada di lokasi kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi SPRM di Kuala Lumpur.


Kenyataan itu memaklumkan, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima.

Tambah kenyataan itu, kejadian telah dilaporkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Syabas untuk tindakan selanjutnya.

Iklan