Polis cari penunggang buat aksi 'wheelie' pakai baju Melayu

Iklan
Tangkap layar video yang tular di media sosial menunjukkan aksi seorang penunggang motosikal melakukan aksi 'wheelie' yang dipercayai berlaku di Kota Bharu, Kelantan.

KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi itu tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Iklan
Iklan

"Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.

"Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, polis meminta penunggang motosikal itu hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan dengan segera.

Iklan