'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.

Menerusi video ucapan hari rayanya yang berdurasi 1 minit 25 saat, Ismail Sabri berkata, lebaran ini merupakan masa terbaik untuk memperatkan ikatan kekeluargaan yang murni dan tulus.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri bergambar bersama keluarga menyampaikan ucapan hari raya.


"Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa dan beribadah kepada ALLAH.

"Ambil lah kesempatan ini untuk menaut kembali kasih yang terpisah, cinta yang terlerai dan pereratkan ikatan kekeluargaan yang murni dan tulus," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya menghargai masa terbaik bersama insan tersayang pada hari lebaran nanti.

"Makan lemang, ketupat di hari raya tersebut jangan lupa kesihatan pun kita kena jaga juga.

Iklan

"Hati-hati di Jalan raya. Ingat orang yang tersayang,

"Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin," ujarnya.