Konflik rumah tangga, wanita maut dipercayai dicekik suami

Iklan
Lokasi kejadian wanita dipercayai dibunuh suaminya di bilik sewa, di Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah bilik sewa, tingkat satu blok kedai, di Jalan Pantai, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an itu dipercayai dibunuh oleh suaminya sebelum ditemui oleh jiran yang terdengar pertengkaran di bilik sewa berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, suami mangsa berusia 30-an turut ditemui dalam keadaan terbaring serta cedera dipercayai akibat kesan kelar kerana cubaan membunuh diri.

"Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar pertengkaran pasangan terbabit.

Iklan

"Kira-kira jam 5.30 pagi tadi, jiran mangsa menemui pasangan terbabit dalam keadaan terbaring dan seterusnya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

"Saksi sedikit lewat menghubungi pihak polis kerana ketika kejadian, telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit,” katanya di lokasi kejadian.

Iklan

Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati suami mangsa merupakan pekerja restoran di sekitar kawasan berkenaan manakala isterinya pula suri rumah.

"Siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, mangsa lelaki telah dihantar serta dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH).