Selangor ikat Kedah di Darul Aman
Iklan
Sandro (dua kiri) menjaringkan gol selangor pada minit ke-18 sebelum disamakan Baddrol pada minit ke-40.- Foto:AHMAD ZAKI OSMAN
SELANGOR berjaya mencuri satu mata di Alor Setar selepas mengikat Kedah 1-1 pada aksi ke-11 Liga Super 2019 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.
Kedah hampir berada di hadapan pada minit ke-15 menerusi Jonathan Bauman, namun percubaannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol pelawat, Farizal Harun.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun selang tiga minit kemudian, Selangor berjaya berada di hadapan 1-0 terlebih dahulu hasil jaringan bekas penyerang Kedah, Sandro Da Silva selepa menerima hantaran dari Muhd Azreen Zulkafali.
Gol tersebut berjaya menyemarakkan semangat The Red Giants untuk memburu gol seterusnya dan mereka melakukan asakan bertali arus ke kubu tuan rumah.
Iklan
Pemain muda Selangor, Syahmi Safari hampir menambah gol pasukannya pada minit ke-31 selepas Ifwat Akmal tertewas namun sepakannya sekadar melintasi hadapan pintu gol Kedah sahaja.
Sorakan lebih 11,000 penyokong Kedah berjaya meningkatkan semangat pasukan itu untuk memburu gol penyamaan dan berhasil pada minit ke-40 menerusi tandukan ketua pasukan, Baddrol Baktiar untuk kedudukan 1-1.
Baddrol (tengah) memastikan Kedah tidak berputih mata. - Foto: AHMAD ZAKI OSMAN
Gol penyamaan itu hasil hantaran pertahanan tuan rumah, Azmeer Yusof yang melakukan hantaran hasil serangan pantas yang dilakukan mereka.
Iklan
Tempo tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan diteruskan pada separuh masa kedua apabila masing-masing berbalas serangan.
Pelawat hampir membawa pulang tiga mata penuh ke Shah Alam menerusi Abdul Halim Shaari namun percubaannya sekadar singgah di palang gol Kedah selepas mengelirukan Ifwat Akmal pada minit ke-87.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com