Pulau Pinang, KL, Johor catat IPU tidak sihat
Iklan
SHAH ALAM - Tiga kawasan melibatkan Cheras, Kuala Lumpur; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Segamat, Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi Isnin.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Cheras mencatatkan bacaan 151; Seberang Jaya (145) dan Segamat (108).