Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik tidur

Iklan
Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam biliknya.

HULU SELANGOR - Panggilan tidak bersahut merungkaikan penemuan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, rumah mangsa didatangi adik iparnya.

Iklan
Iklan

"Adik ipar mangsa kemudian menghubungi pihak hospital memaklumkan berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi.

Iklan

"Siasatan dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian.

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Iklan