Rakyat Malaysia di Sudan selamat - Wisma Putra
Iklan
PUTRAJAYA - Kementerian Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu.
Menurut kenyataan kementerian, Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan bahawa di beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan perkembangan itu.