Bersaing jual mercun, bunga api
Iklan
Saiful (kanan) turut berniaga bunga api dan mercun di luar Kompleks PKNS Shah Alam.
SHAH ALAM - Jumlah penjual mercun dan bunga api meningkat pada tahun ini, malah suasananya seperti mahu ‘berperang’ susulan penjualannya dibenarkan kerajaan dengan syarat.
Tinjauan Sinar Ahad di luar Kompleks PKNS Shah Alam di sini mendapati kira-kira lima peniaga bunga api dan mercun yang mempunyai permit menjalankan perniagaan mereka.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga, Shahfiz Ibrahim, 34, berkata, walaupun jualan nampak meriah namun hasilnya tidak lumayan seperti mana kebiasaan pada tahun sebelum ini.
"Orang ramai mungkin berjimat cermat menyebabkan jualan tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini ditambah pula dengan kehadiran peniaga mercun dan bunga api yang semakin ramai pada kali ini,” katanya.
Iklan
Seorang lagi peniaga, Saiful Izwan, 30, berkata, berniaga bunga api dan mercun memerlukan modal agak tinggi namun permintaan orang ramai setakat ini pada tahap kurang memuaskan.
Mohd Amirullah yakin dapat menghabiskan stok barangan yang dijual walaupun persaingan sengit.
Seorang lagi peniaga bunga api dan mercun, Mohd Amirullah Badrul Hisyam, 28, berkata, pada perayaan kali ini dia melihat terlalu banyak persaingan dalam kalangan peniaga namun yakin dapat menghabiskan stok barangan yang dijual.
Iklan
"Kita harap begitulah sebab sudah tinggal seminggu sahaja lagi sebelum sambutan Aidilfitri.
"Kalau stok barang ini (bunga api dan mercun) semua habis dijual pun sudah cukup bagus bagi kami,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>