PM, Volker Türk bincang usaha memperingati UDHR75
Iklan
Anwar
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, TYT Volker Türk, pada Sabtu.
Anwar menerusi Facebooknya memaklumkan, perbincangan itu tertumpu berkenaan inisiatif yang diambil oleh pejabatnya bagi memperingati Ulang Tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR75).
Iklan
Iklan
"Beliau juga telah memanjangkan jemputan kepada Malaysia untuk menghadiri acara peringkat tinggi sambutan tersebut,” katanya.
Jelas beliau, Malaysia menyokong inisiatif yang dilaksana oleh Pesuruhjaya Tinggi Türk sejajar dengan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia di bawah kerangka Malaysia Madani.
Iklan
"Kami juga bertukar pandangan mengenai cabaran dalam melindungi dan menegakkan hak asasi manusia seiring realiti geopolitik semasa.
"Saya menjemput Pesuruhjaya Tinggi Türk untuk melawat Malaysia dan mengulangi komitmen Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>