Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanak maut, 4 rumah rosak
Iklan
JAKARTA - Seorang kanak-kanak maut, manakala empat rumah rosak dalam gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Laut Jawa, di luar wilayah Jawa Timur pada Jumaat.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), pengurusan bencana Bali melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Tabanan, Bali, meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung ketika gempa bumi melanda.