Lelaki disyaki keldai akaun ditahan

Iklan
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400, dua hari lepas. - Gambar hiasan

BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi"keldai akaun" kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400, dua hari lepas.

Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya tepi jalan di Bayan Lepas, di sini.

Iklan
Iklan

"Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan lelaki itu kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ oleh sindiket dalam penipuan menyamar sebagai Telekom Malaysia dan pegawai polis.

"Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM83,400 membabitkan kes yang dilaporkan sejak awal tahun ini," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. - Bernama

Iklan