Kebakaran: Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ditutup sementara

Iklan
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin meninjau Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, di sini pada Khamis. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Operasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran yang berlaku tengah malam, semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua 100 petugas di klinik ini akan ditempatkan di tiga klinik iaitu Klinik Kesihatan Badang, Klinik Desa Kemeruk dan Klinik Desa Kemumin.

Iklan
Iklan

"Orang awam yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kesihatan, boleh pergi ke klinik yang berdekatan kerana siasatan di Klinik Pengkalan Chepa masih dijalankan.

"Kita akan maklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan terkini dari semasa ke semasa berhubung pembukaan semula klinik ini selepas mendapat kebenaran daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Klinik Pengakalan Chepa, di sini hari ini.

Iklan

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa yang mula beroperasi pada 1972 terbakar 80 peratus membabitkan empat buah bilik iaitu bilik pemandu ambulans serta tiga bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) dalam kejadian pada pukul 12.26 tengah malam. - Bernama.

Iklan