Twitter tamatkan khidmat 80 peratus tenaga kerja
Iklan
SAN FRANCISCO - Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk dalam temu bual dengan BBC pada Selasa.
Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.