Mohamad ucap takziah kepada keluarga Koperal Mohammad Nasri

Iklan
Mohamad menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib. - Foto Facebook Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak, Jumaat lepas.

Mohamad menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib.

Iklan
Iklan

"Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman jua hendaknya, Amin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu urusan membawa pulang jenazah Mohammad Nasri.

Iklan

Mohammad Nasri, 33, dari Batalion ke-35 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang, ditemukan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi Rabu menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan. - Bernama

Iklan