SEREMBAN - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan Amanah Raya meraikan 53 anak-anak yatim dan asnaf melalui pembelian baju raya di pasar raya Mydin di sini pada Selasa.
Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang diadakan sepanjang tahun ini.