Melaka peruntuk RM348,000 duit raya kepada 1,740 penerima
Iklan
Penerima terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, OKU dan golongan B40 akan menerima RM200 seorang. - Foto 123RF
MELAKA - Kerajaan Melaka memperuntukkan sebanyak RM348,000 sumbangan kewangan sempena Aidilfitri kepada 1,740 penerima secara berperingkat di enam kawasan Parlimen di negeri itu.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, sumbangan sebanyak RM200 seorang itu disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka dalam usaha membantu meringankan beban kewangan golongan penerima membuat persiapan menyambut hari raya.
Iklan
Iklan
"Penerima terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta golongan B40. Sumbangan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka ini pertama kali dilaksanakan pada tahun ini khususnya untuk penerima Muslim.
"Hang Tuah Jaya dipilih Parlimen pertama bagi majlis sumbangan ini diikuti Parlimen Alor Gajah esok manakala Parlimen Masjid Tanah dan lain-lain hingga 16 April ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri Negeri Melaka 2023 kepada 248 penerima dalam Parlimen Hang Tuah Jaya, yang turut dihadiri Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Leng Chau Yen.
Dalam perkembangan lain, Kalsom berkata, semua agensi penguatkuasaan di Melaka telah diarahkan untuk memantau serta mengekang aktiviti meminta sedekah termasuk dalam kalangan warga asing khususnya di pasar dan bazar Ramadan di negeri itu.
Iklan
Beliau berkata, aktiviti berkenaan dilihat agak berleluasa terutama pada Ramadan kerana rakyat negara ini pemurah dan mudah simpati dengan peminta sedekah.
"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan ke atas peminta sedekah yang dikesan terlibat dalam aktiviti itu sebaliknya mereka diminta beredar dari tempat tersebut," katanya. - Bernama
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.