Menu Mi Segera Pan Mee VIT’S di Iftar Ala Madinah
SHAH ALAM - Syarikat pengeluar makanan segera, Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd melancarkan jenama baharu produk ‘Mi Segera Pan Mee’ semasa program Iftar ala Madinah pada Jumaat. Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, pelancaran julung kali di Kompleks Kumpulan Karangkraf itu adalah bersempena meraikan kemeriahan bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam.
"Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang agama dan bangsa, saya melihat perbezaan itu sebagai satu nilai keunikan yang tersendiri.
"Pan Mee ini berasal daripada masyarakat Cina Malaysia. Mi Segera Pan Mee mudah dan cepat disediakan dengan hanya tiga minit. Dengan tekstur yang kenyal tidak mudah kembang, anda boleh mencuba pelbagai menu masakan dengan menggunakan Mi Segera Pan Mee.
"Biasanya Pan Mee dijual dalam jenis basah, tetapi inovasi produk VIT’S ini dapat memudahkan pengguna kerana ia di datangkan dalam jenis kering,” kata Lai.