Provokasi Israel di Al-Aqsa akan cetus peperangan
Iklan
RAMALLAH - Provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang"tidak boleh diterima" dan akan mencetuskan"peperangan", kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh pada Ahad.
"Serangan terhadap tempat suci dan jemaahnya saban hari semasa bulan Ramadan adalah tidak boleh diterima yang akan memarakkan lagi api pergolakan," kata Abu Rudeineh.