Jualan Khas Syawal Madani mula 15 April ini - FAMA
Iklan
Abdul Rashid (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Nizam (lima kanan) yang mewakili Bank Rakyat
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka sejumlah 103 pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani mulai 15 April dengan sasaran jualan sebanyak RM12.5 juta.
Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pasar tani dengan harga barangan berpatutan itu memfokus kepada jualan barangan keperluan menyambut Aidilfitri selama enam hari hingga 20 April ini.
Iklan
Iklan
"Program akan dirasmikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Pasar Tani Kelana Jaya 15 April ini dan kita menyasarkan jualan sempena program ini adalah sebanyak RM12.5 juta
"Antara barangan yang akan dijual di pasar tani itu ialah daging, ayam dan sayur-sayuran manakala menjelang hari raya, kita akan menjual daun kelapa untuk dibuat ketupat,” katanya pada Isnin.
Iklan
Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik FAMA dan Bank Rakyat di Ibu Pejabat FAMA yang turut dihadiri Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani di Ibu Pejabat FAMA di Selayang di sini.
Abdul Rashid menambah, beliau yakin barangan keperluan untuk menyambut ketibaan Syawal yang dijual di pasar tani itu adalah mencukupi malah pemantauan secara turun padang akan dilaksanakan pegawai agensi itu.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>