200 asnaf di Perlis terima sumbangan bakul makanan YBR
Iklan
Syaiful Rizal (kanan) dan Rizal (kiri) ketika menyampaikan bakul makanan kepada asnaf di sekitar Padang Besar pada Jumaat.
PADANG BESAR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyantuni 200 keluarga asnaf dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan menerusi program pemberian bakul makanan di sekitar Perlis baru-baru ini.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, prihatin dengan mereka yang memerlukan, bantuan khas ini diberikan kepada setiap keluarga asnaf serta anak yatim yang telah dikenal pasti melalui Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dengan pemberian bantuan bakul makanan ini diharapkan ia dapat memberi sedikit kelegaan serta membantu dalam dalam menghayati keberkatan,kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.
"YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, asnaf dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar dan YBR akan sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan lagi bantuan-bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik,”katanya selepas merasmikan program pemberian bakul makanan di sini, pada Jumaat.
Iklan
Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar, Rizal Ismail serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Syaiful Rizal (tengah) dan Rizal (kiri) ketika menyantuni asnaf di sekitar Padang Besar pada Jumaat.
Dalam pada itu, Syaiful Rizal berkata, usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan malahan diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain untuk turut sama menyantuni mereka yang tidak bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar.
Iklan
Jelasnya,program pemberian bakul makanan kepada keluarga asnaf sempena bulan Ramadan ini melibatkan peruntukan RM150 kepara setiap keluarga.
Sementara itu Rizal mengucapkan terima kasih kepada pihak YBR kerana turun padang melawat mereka yang kurang bernasib baik.
Beliau juga berharap bantuan yang diagihkan itu dapat memberi sinar keceriaan di bulan Ramadan serta sebagai persiapan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.
"Saya berharap lebih banyak program- program sebegini dapat diadakan sekaligus dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara organisasi luar dengan masyarakat di Padang Besar ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sanggup belanja puluhan ribu ubah suai motosikal, akhirnya disita JPJ"><meta itemprop="description" content="Demi kepuasan hobi dan mahu menonjol dalam kalangan rakan serta pengguna jalan raya lain, ada pemilik motosikal sanggup membelanjakan wang sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengubah suai kenderaan mereka secara ekstrem.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #JPJ #ubahsuaimotosikal"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T05:35:54.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P124S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby7xui"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby7xui"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby7xui"></script>