Chelsea perlu tampil lebih garang

Iklan
Lampard mahu pemain Chelsea tampil lebih bersemangat selepas tewas kepada Wolves. Foto AFP

JURULATIH baharu Chelsea, Frank Lampard mahu para pemain tampil lebih bersemangat selepas The Blues tewas mengejut kepada Wolverhampton Wanderees 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggersi (EPL) pada malam Sabtu.

Keputusan tersebut bukan seperti diharapkan Lampard selepas kembali membimbing The Blues Khamis lalu dalam aksi di Stadium Molineux.

Iklan
Iklan

Gol tunggal Matheus Nunes pada minit ke-31 sudah cukup buat Wolves mencipta kejutan ke atas Chelsea dalam perlawanan pertama Lampard sebagai pengurus sementara pasukan itu musim ini.

"Saya menyedarinya dan tidak menjangkakan ia dapat diselesaikan dalam sehari,” ujar Lampard.

Iklan

Lampard mewakili Chelsea sewaktu zaman kegemilangan pasukan itu dari 2001 hingga 2014.

Bekas pemain kebangsaan England itu menamatkan kariernya selaku pemegang rekod penjaring terbanyak kelab dengan 147 gol.

Iklan

Pemain tengah itu juga merupakan antara pemain paling rajin sepanjang eranya dan Lampard mahu generasi baharu Chelsea melakukan perkara sama.

"Berdasarkan analisis dalam setiap aksi EPL, anda perlu lebih agresif dalam permainan. Lebih pantas dan lebih kompetitif merebut bola berbanding pihak lawan,” ujar Lampard.