KSM nafi wujud perbincangan mengenai SPDRM
Iklan
KSM nafi wujud perbincangan mengenai SPDRM
SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan wujud sebarang perbincangan mengenai Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM) dengan mana-mana pihak.
Menurut KSM, kenyataan yang menyebut SPDRM telah mendapat sokongan penuh KSM juga adalah tidak benar.
Iklan
Iklan
"Justeru itu, kenyataan yang menyatakan bahawa KSM telah memberikan sokongan penuh kepada SPDRM adalah tidak benar sama sekali.
"KSM berharap penjelasan ini akan menjawab sebarang persoalan atau kekeliruan dalam kalangan majikan atau industri khususnya Perwakilan Diplomatik Negara-Negara Sumber di negara ini mengenai SPDRM," menurut KSM dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan media pada Sabtu berkenaan dengan SPDRM yang dikatakan dapat menangani isu pemerdagangan orang serta mempercepatkan kemasukan pekerja asing ke negara ini.
SPDRM juga dinyatakan telah mendapat sokongan penuh KSM dan memenuhi peraturan pengambilan pekerja asing termasuk syarat yang ditetapkan di negara ini serta Negara-Negara Sumber.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>