Tanam ganja: Lelaki warga emas berdepan penjara seumur hidup
Iklan
Tertuduh (tengah) diiringi anggota polis sebaik tiba di pekarangan mahkamah pada Jumaat.
KUALA PILAH - Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan menanam dua batang pokok kanabis, Isnin lepas.
Tertuduh Rohaizat Abd Aziz, 58, yang merupakan penganggur mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim,Norma Ismail.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, tertuduh pada jam 1.30 tengah hari 3 April lalu didakwa menanam dua batang pokok terbabit di sebuah rumah di Kampung Gemetir, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6B (3) akta yang sama.
Iklan
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, pihak pendakwaan yang merujuk Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 mendapati kesalahan itu adalah kesalahan tidak boleh jamin.
Iklan
Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 9 Mei ini bagi sebutan laporan kimia sebelum hukuman dijatuhkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>