Hizbullah Lubnan isytihar solidariti terhadap rakyat Palestin

Iklan
Tentera Israel menahan seorang penduduk Palestin semasa mereka melakukan serbuan di perkarangan masjid Al-Aqsa. - Foto AFP

BEIRUT - Pergerakan bersenjata pro-Iran, Hizbullah Lubnan berkata, kumpulannya akan menyokong 'semua langkah' yang mungkin diambil kumpulan Palestin terhadap Israel selepas pertempuran yang menggegarkan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

"Hizbullah mengecam keras serangan dilakukan pasukan Israel terhadap di perkarangan masjid Al-Aqsa dan serangan terhadap jemaahnya.

Iklan
Iklan

Kebimbangan global tercetus selepas polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin di tapak suci umat Islam sehingga mencetuskan serangan udara dan roket dengan kumpulan pejuang di Gaza.

Kumpulan Hizbullah adalah musuh ketat Israel dan mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Hamas yang memerintah Gaza serta kumpulan pejuang Jihad Islam berpangkalan di pesisir pantai. - AFP

Iklan
Iklan