50,000 tiket bas balik raya sudah terjual
Iklan
Orang ramai mendapatkan tiket bas di kaunter-kaunter.
KOTA BHARU - Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri, kata Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail.
Beliau berkata, sejak jualan dibuka, pihak berjaya menjual 5,000 tiket sehari.
Iklan
Iklan
"Perkhidmatan bas akan beroperasi antara 70 hingga 80 trip sehari ke seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
"Setakat ini, kita mempunyai 20 bas ekspres bagi perjalanan ke seluruh negara dengan trip terbanyak ialah laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu,” katanya.
Iklan
Beliau berkata pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 300 asnaf dari Kampung Panchor, Tebing Tinggi serta anak-anak yatim dari Darul Aitam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Taman Sabariah di pejabat E-Mutiara di sini pada Khamis.
Che Ibrahim berkata, E-Mutiara juga telah menempah 20 bas dua tingkat sepanjang 13.5 meter yang setiap satu bernilai RM1.5 juta.
Iklan
"Sekiranya syarikat berjaya menerima dua daripada 20 bas yang ditempah itu, E-Mutiara yakin dapat menambah perjalanan hingga 100 trip sehari," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>