MPK nafi wujud unsur salah guna kuasa
Iklan
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menafikan terdapat unsur salah guna kuasa atau rasuah dalam menjalankan penguatkuasaan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
PBT itu dalam satu kenyataan menegaskan pihak MPK sentiasa menjunjung tinggi etika dan integriti dalam melaksanakan tugas malah tidak berkompromi dalam isu salah guna kuasa oleh kakitangannya.
Iklan
Iklan
"Pihak MPK juga mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan salah laku kakitangan oleh mana-mana pihak termasuk pempengaruh media sosial,” menurut MPK menerusi kenyataan di laman Facebooknya.
PBT itu turut memaklumkan orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan salah laku kakitangannya menerusi e-mel aduan.integriti@mpklang.gov.my atau hubungi talian 03-3375 5555 sambungan 4116.
Iklan
Kenyataan dibuat susulan penularan satu artikel di media sosial menerusi blog ‘The Corporate Secret’ yang menyiarkan penulisan bertajuk ‘Doshin Rubber, Anak Syarikat Kossan bayar rasuah elak Tindakan Majlis Perbandaran Klang?’
PBT itu menegaskan terdapat kenyataan berbaur fitnah dalam artikel tersebut.
Iklan
MPK sehubungan itu menegaskan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah boleh menjatuhkan imej dan nama baiknya.
"Phak MPK telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berkenaan artikel ini.
"Ia disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, ” kata kenyataan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>