TH gantung lesen Emraz Travel kendali haji

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lembaga Tabung Haji (TH) bertindak menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel and Tours Sdn Bhd susulan beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat tersebut.

Menurut TH, tindakan itu sebagai langkah awal bagi menjamin kebajikan jemaah haji dan juga umrah negara agar lebih terjamin.

Iklan
Iklan

"Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, TH sentiasa memantau syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

Iklan
Iklan

"Kami tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi untuk menjamin kebajikan jemaah haji negara,” katanya.