Kanak-kanak imigran ditemui berseorangan di ladang jagung
Iklan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi pengawal sempadan Amerika Syarikat (AS), menemukan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai terpisah daripada sekumpulan imigran ketika cuba memasuki negara itu secara haram.
Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) berkata, kanak-kanak itu terpisah daripada sekumpulan imigran yang melarikan diri daripada ditangkap ketika cuba memasuki AS melalui sempadan Mexico berhampiran Brownsville, Texas.