[VIDEO] Kes SRC: Tiada lagi saluran rayuan buat Najib

Iklan
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram (kiri) tiba di Istana Kehakiman. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ‘kehabisan’ semua saluran rayuan dalam kes rasuah SRC International yang dihadapinya ketika ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang menolak semakan terhadap sabitan dan hukumannya membawa kepada penutupan kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pendakwaan ini juga menyatakan tiada sesiapa pun di negara ini berada di atas undang-undang.

"Pendakwaan ini harus menghantar mesej yang tegas kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai prosiding semakan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menyokong untuk menolak rayuan bekas Presiden UMNO itu kerana tidak bermerit.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Rahman Sebli yang mempengerusikan panel mendengar permohonan itu, merupakan satu-satunya hakim yang tidak bersetuju.

Iklan

Berdasarkan keputusan tersebut, bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun di penjara melainkan mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 22 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun bagi satu kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.


MOJO LIVE 31 MAC 2023

[MOJO LIVE] Sidang media peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai keputusan semakan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, lapor wartawan Diana Azis dan jurukamera Azim Azmi.

Muhammad Shafee menegaskan kepentingan perbicaraan yang adil selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.

Peguam kanan itu turut menzahirkan rasa kecewa dalam penghakiman yang diputuskan dengan majoriti 4-1 dan menyifatkannya sebagai tidak adil terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

" />