Pangkalan data untuk PMKS bakal dibangunkan - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Parlimen, pada Khamis. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan satu pangkalan data yang mengandungi semua maklumat berkenaan usahawan mikro, kecil dan sederhana, yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) 2023 pada Khamis bertujuan memastikan perkongsian data dan penyelarasan maklumat dapat dilakukan.
Iklan
Iklan
"Ia bagi memastikan sebarang bentuk latihan, pemantauan, pinjaman dan geran dana, dapat diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen, pada Khamis.
Ahamd Zahid berkata, mesyuarat juga memutuskan bahawa usahawan di Sabah dan Sarawak, perlu diberikan keutamaan dengan membangunkan bakat dan potensi mereka, serta menyalurkan dana mencukupi bagi menjalankan program pewujudan usahawan termasuk mempermudahkan proses pendaftaran.
Iklan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penyelarasan usahawan vendor mesti dilakukan, bagi memastikan pencapaian negara dalam PMKS lebih tinggi daripada 37 peratus yang dicapai negara ketika ini.
Selain itu, beliau berkata, jaringan e-dagang diperlukan untuk mewujudkan pasaran baharu kepada produk dan perkhidmatan, yang dikeluarkan oleh PMKS.
Iklan
MPUPK dibentuk sebagai platform utama dalam membincangkan program dan inisiatif pembangunan usahawan dan PMKS selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).
Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPUPK pertama yang diadakan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>