JDT tak pandang mudah ancaman Sabah
Iklan
Pemain JDT, menjalani latihan menjelang aksi menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
JUARA sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan Sabah FC merupakan pasukan yang tetap perlu diberikan perhatian berdasarkan persembahan konsisten kelab dari Kepulauan Borneo itu dalam saingan Liga Super musim ini.
Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, perlawanan menentang anak buah Datuk Ong Kim Swee pada Jumaat ini merupakan satu perlawanan yang sukar memandangkan The Rhinos juga mempamerkan prestasi yang baik selepas lima perlawanan pembukaan liga.
Iklan
Iklan
"Kami perlu fokus secara taktikal sepanjang 90 minit. Kami telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini tetapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.
"Natxo Insa hampir kembali selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat kecederaan belakang manakala Bergson Da Silva masih belum cergas sepenuhnya setelah terlepas tiga perlawanan terakhir,” katanya yang juga pengurus Harimau Selatan.
Iklan
JDT kini mengungguli saingan Liga dengan 15 mata manakala Sabah pula di kedudukan kedua dengan 13 mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan liga.
Untuk rekod, perlawanan ini juga disifatkan sebagai perlawanan berintensiti tinggi yang akan menguji keberkesanan percaturan taktikal Solari dan Kim Swee.
Iklan
Pada masa sama Solari memaklumkan bahawa tuan rumah bermungkinan kehilangan khidmat Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
"Arif Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos juga tidak cergas 100 peratus dan masih menjalani pemulihan serta latihan ringan.
"Kami berharap pemain-pemain ini kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Sabah dan perlawanan akan datang,” katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.