Lapan kapal selam Australia tidak dilengkapi senjata nuklear

Iklan
Mohamad

KUALA LUMPUR - Pembangunan lapan buah kapal selam berkuasa nuklear oleh Australia hanya menggunakan enjin berkuasa nuklear dan tidak akan dilengkapkan dengan senjata nuklear.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.

Iklan
Iklan

Menurutnya, maklumat itu diperoleh menerusi penerangan dibuat Duta Khas Perdana Menteri dan Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus J. Campbell di pejabatnya pada 9 Mac lepas.

Tambah beliau, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat kemudian memberi penerangan sama melalui panggilan telefon pada 10 Mac 2023 dan terkini semasa sesi pertemuan Minister of State at the Ministry of Defence United Kingdom pada 28 Mac 2023.

"Pendirian Malaysia, menggesa agar semua pihak berkaitan, sama ada di dalam mahupun di luar pakatan AUKUS ini, untuk saling menghormati dan mematuhi sepenuhnya instrumen perundangan negara dan antarabangsa yang sedia ada.

Iklan

"Ia terutamanya berhubung dengan pengoperasian kapal selam berkuasa nuklear di dalam perairan negara,” katanya.

Tegasnya, sebagai anggota ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH - Bagan) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS selepas keputusan Australia untuk membeli lapan buah kapal selam perang nuklear. - Awani