Corbin Ong gembira bantu kejayaan Harimau Malaya

Iklan
Corbin Ong (depan), berjaya merampas dan mengawal bola daripada kaw

BEK kiri Harimau Malaya, La’vere Corbin Ong gembira berjaya membantu kejayaan skuad negara dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua pemain juga dilihat telah memberikan aksi terbaik masing-masing bagi menjamin kejayaan pasukan.

Iklan
Iklan

"Ia turut melibatkan kerja keras daripada back four, (pemain pertahanan) kita termasuk pemain-pemain di bahagian serangan yang mengasak hebat ke pintu gol lawan.

"Kami juga dibekalkan dengan game plan daripada jurulatih dan ia ternyata cukup menjadi,” katanya.

Iklan

Skuad Harimau Malaya menewaskan Turkmenistan 1-0, 23 Mac lalu sebelum menewaskan Hong Kong, 2-0 pada 28 Mac dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Selasa.

Untuk rekod, Corbin yang berusia 31 tahun itu juga dilihat sebagai antara tonggak utama pasukan dan menjadi antara pemain terbaik Harimau Malaya pilihan netizen di media sosial.

Iklan

Sementara itu Corbin yakin skuad Harimau Malaya kali ini akan menjadi lebih baik dari masa ke masa, asalkan mereka sentiasa bekerja keras memberikan yang terbaik ketika beraksi.

Malah katanya, hubungan komunikasi dengan barisan jentera pertahanan pasukan juga semakin bertambah baik.

"Kami juga cuba memahami corak permainan masing-masing kerana di atas padang, kami bekerja sebagai satu unit dan mengikut perancangan taktikal (game plan) daripada jurulatih,” katanya.