SANDAKAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan mengesahkan menerima aduan berhubung sebuah klip video tular di media sosial membabitkan anggota polis dipercayai menerima sesuatu daripada seorang individu dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota berkenaan.