‘Yang Berhormat, kalau hendak mesyuarat di luar lah’

Iklan
Ramli Mohd Nor - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur tindakan beberapa ahli Parlimen yang membuat ‘mesyuarat lain’ ketika persidangan berlangsung.

Teguran itu dibuat Ramli susulan ada beberapa ahli Parlimen ‘berbincang’ ketika Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan.

Iklan
Iklan

RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

"Yang Berhormat, kalau hendak bermesyuarat, (buat) di luar lah. Saya di sini boleh dengar apa cerita yang hendak dicakapkan,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, Ramli ketika persidangan sesi pagi menggantung Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh daripada menghadiri persidangan selama tiga hari bermula Rabu.

Keputusan itu dibuat susulan keengganan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu mendengar arahan yang dikeluarkan terhadapnya.

Iklan