Peniaga bazar Ramadan di Selayang diberi notis

Iklan
MPS memeriksa 100 gerai bazar Ramadan dan mengeluar 15 notis dalam operasi dijalankan di Bazar Ramadan Selayang Utama di sini.

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan 15 notis kepada peniaga selepas memeriksa 100 gerai bazar Ramadan Selayang Utama di sini.

Notis yang dikeluar melibatkan kesalahan peniaga tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada kursus pengendalian makanan seperti yang disyaratkan kepada peniaga makanan.

Iklan
Iklan

"Operasi dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak ini bertujuan untuk memeriksa pengendalian makanan adalah mengikut standard ditetapkan,” kata MPS menerusi hantaran di laman Facebook agensi itu

Dalam pada itu, MPS turut mengingatkan peniaga agar memakai apron, topi serta pelitup muka semasa menjalankan perniagaan.

Iklan
Iklan

"Para peniaga juga diingatkan agar memastikan setiap pekerja mempunyai suntikan typhoid, kursus pengendalian makanan dan harus sentiasa dibawa semasa menjalankan perniagaan,” menurut hantaran itu.