'Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat'

Iklan
Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Siasatan penguatkuasaan berkaitan dana politik tidak hanya membabitkan pemimpin parti pembangkang malah pemimpin kerajaan turut disiasat, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau ada bertanya perkara tersebut kepada pihak penguat kuasa dan mereka sahkan ada siasatan terhadap pemimpin kerajaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tegas beliau, sama ada pendakwaan dibuat atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tentang siasatan dana politik, saya terbuka, tiada masalah tapi kena faham undang-undang. Sekarang ini membolehkan derma kepada parti politik.

Iklan

"Jadi kalau ada cadangan, ada permasalahan, kekhuatiran bawah ada unsur rasuah dalam derma kepada Keadilan (Parti Keadilan Rakyat), itu boleh dibangkitkan.

"Saya tiada masalah...cuma soalnya kena faham undang-undang,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN - Rantau Panjang) pada sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. - Awani