Tidak ada satu pun negara tidak sambut saya: Tun M
Iklan
Dr Mahathir berucap pada sidang media di Dewan Serbaguna, Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya hari ini. Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.
PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak pernah disambut pegawai rendah sesebuah negara dalam kunjungan rasmi sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Malah beliau berkata, tiada negara tidak pernah menyambutnya dalam lawatan rasmi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas kunjungan Anwar ke Arab Saudi, baru-baru ini.
"Tak tahulah kenapa (Anwar tidak disambut), saya pun tak faham Raja Saudi dan Raja Mohamad tidak mahu jumpa dengan Anwar, tetapi mereka mungkin mempunyai satu pandangan yang kita tak tahu yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa (dengan Anwar).
Iklan
Apabila pergi ke sana, yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” katanya.
Sebelum ini, blok pembangkang menuntut Anwar menjawab persoalan berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi.
Iklan
Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, lawatan rasmi Anwar dianggap gagal dan memalukan negara kerana tidak berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>