MOF rangka semula dasar wang ehsan kepada Kelantan, Terengganu
Iklan
Datuk Seri Ahmad Maslan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan sedang merangka semula dasar dan skop penggunaan Wang Ehsan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia bertujuan supaya penggunaan dana tersebut selaras dengan agenda nasional bagi mengurangkan tahap kemiskinan untuk kedua-dua negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu.
Iklan
Iklan
"Walau bagaimanapun, hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh minyak dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750),” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau berkata, ketika ini, penyaluran Wang Ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu merupakan budi bicara Kerajaan Persekutuan memandangkan tiada petroleum yang diperoleh berdasarkan peruntukan Akta 750 tersebut.
Iklan
Ahmad Maslan turut memaklumkan, Wang Ehsan yang dibayar kepada Kelantan adalah sebanyak RM344.60 juta manakala RM1.69 billion untuk Terengganu bagi 2022. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>