Bukan Islam makin berani sentuh kedudukan Islam, Raja Melayu
Iklan
Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Orang bukan Islam kini dilihat semakin berani menyentuh tentang agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keberanian sesetengah pihak yang menjadikan internet dan laman sosial berkenaan isu tersebut dibimbangi merosakkan pemikiran generasi muda.
Iklan
Iklan
"Hari ini kita dapat melihat orang bukan Islam berani menyentuh perkara agama Islam yang bukan hak mereka dan kadang-kadang melibatkan hukum yang tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.
"Ini termasuklah dalam masalah institusi Raja-Raja sendiri. Ada yang berani menulis dalam media sosial. Ini sangat bahaya, langit terbuka ini akan menjadikan kefahaman generasi muda yang mewarisi negara akan datang menjadi celaru sebab itu perlu dibetulkan keadaan ini," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video ketika ditemui bual wartawan akhbar milik parti itu, Harakah yang dimuat naik dalam laman Facebooknya di sini semalam.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, peruntukan perlembagaan telah menetapkan kontrak sosial melibatkan semua kaum teras yang menjadi masyarakat majmuk di negara ini.
Iklan
"Masyarakat ini diwakili oleh parti-parti politik dalam pilihanraya pada tahun 1955 dan 1959 sehingga tahun-tahun yang berikutnya.
"Itulah Perikatan dan PAS satu-satunya pembangkang pada ketika itu, di mana mereka lebih mengetahui semangat dalam perlembagaan pada ketika itu," ujar beliau.
Menurut Abdul Hadi, walaupun terdapat rasa tidak puas hati namun golongan bukan Islam memandang kehebatan teras perlembagaan tersebut.
"Kehebatan raja-raja, kehebatan Islam, kehebatan orang Melayu itu sendiri itu ada. Walaupun ada tersinggung tetapi mereka tidak berani, tidak seperti sekarang ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>