Southgate beri amaran kepada pemain

Iklan
Southgate - Foto EPA

GARETH Southgate memberikan amaran kepada para pemainnya untuk kekal fokus dan tidak cepat berpuas hati selepas England mengekalkan permulaan sempurna mereka untuk kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Ukraine 2-0 di Wembley pada Isnin.

England telah mengumpul enam mata daripada dua perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan C selepas mereka menewaskan Itali buat kali pertama dalam tempoh 62 tahun pada Jumaat dan menumbangkan Ukraine hasil jaringan Harry Kane dan Bukayo Saka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Southgate mahu para pemainnya terus dahagakan kemenangan dan mengekalkan rentak cemerlang itu ketika menentang Malta dan menerima kunjungan Macedonia Utara pada Jun nanti.

"Saya menjangkakan semua orang mahu berada di sini dan menjadi sebahagian daripadanya.

Iklan

"Itu bukan pendekatan yang kami akan cari. Kami mencabar pasukan untuk menjadi yang terbaik di Eropah dalam tempoh 13 bulan akan datang.

"Itu memerlukan komitmen semua orang dan itu memerlukan standard latihan berada pada tahap tertinggi - tidak kira siapa yang kami lawan," katanya.

Iklan

Southgate turut meluahkan perasaan gembiranya dengan Saka selepas pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan gol kelapannya untuk England.

"Dia bermain dengan keyakinan yang tinggi apabila berada di depan gawang. Dia tahu untuk menjadi pemain yang hebat, memerlukan jumlah gol selain bantuan gol dan dia telah melakukannya sepanjang musim," katanya.