5 terbunuh, 6 masih hilang kilang coklat meletup

Iklan
Angka kematian akibat letupan dan kebakaran di kilang coklat R.M. Palmer Company di West Reading Pennsylvania AS pada Jumaat meningkat kepada lima. - Foto AP

WASHINGTON - Angka kematian akibat letupan dan kebakaran di kilang coklat R.M. Palmer Company di West Reading Pennsylvania AS pada Jumaat meningkat kepada lima, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Enam orang masih hilang manakala lapan lagi dibawa ke hospital, lapor Xinhua memetik kenyataan Agensi Pengurusan Kecemasan Pennsylvania.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar West Reading, Samantha Kaag dalam kenyataan pada awal pagi Sabtu berkata, kejadian itu mengejutkan masyarakat.

"Saya berharap mangsa yang hilang akan ditemukan selamat dan masyarakat dapat membantu mereka yang terjejas akibat tragedi itu,” kata Kaag.

Iklan

Punca letupan masih disiasat. - Bernama

Iklan