Tiga warga asing diberkas terlibat Love Scam di Genting Highlands

Iklan
Dua warga asing diberkas kerana terlibat dengan sindiket Love Scam di Genting Highlands. - Foto PDRM

BENTONG - Polis Bentong menahan tiga warga asing termasuk seorang wanita dipercayai terlibat penipuan Love Scam dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Genting Highlands pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika serbuan semua suspek berusia 32 hingga 37 tahun itu juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/63.

Iklan

Tambah beliau, sindiket ini menyasarkan golongan wanita yang aktif dalam laman sosial seperti Facebook, Telegram serta aplikasi sosial 'dating'.

"Orang awam dinasihatkan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan corak jenayah komersil yang semakin berleluasa khususnya jenayah penipuan Love Scam,” katanya.

Iklan

Zaiham juga menasihati orang awam boleh menyalurkan maklumat tentang aktiviti tidak bermoral seperti jenayah atau dadah yang mencurigakan sekitar kawasan kediaman dengan menghubungi pihak polis di talian 09-222 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.